'JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TIDAK MENGENALI NABI MUHAMMAD SAW' http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=yvnmDUji-vQ

Monday, May 14, 2012

10 Alasan Termoden Kenapa Masyarakat Islam Enggan Membayar Zakat Pendapatan

Sejarah telah membuktikan bahawa zakat di dalam Islam telah memainkan peranan yang penting  di dalam membentuk masyarakat Madani yang unggul dan sentiasa mempunyai sifat prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Walaupun kewujudan zakat pendapatan yang merupakan salah satu daripada beberapa jenis zakat yang baru wujud telah menyebabkan wujudnya golongan yang enggan membayar zakat pendapatan. Masyarakat Islam di Malaysia masih lagi keliru tentang kewajipan membayar zakat pendapatan kerana mereka telahpun membayar cukai pendapatan manakala zakat pendapatan masih baru kewujudanya. Bagi mereka di zaman awal Islam dahulu, jenis-jenis zakat agak terhad kerana kepelbagaian harta pada masa itu masih tidak banyak dan terhad. Namun pada hari ini, dunia menjadi semakin canggih. Kewujudan negara tanpa sempadan telah wujud di alam maya. Penggunaan  internet menyebabkan dunia tanpa sempadan semakin maju serta penuh dengan cabaran. Rentetan itu, wujudlah sekelompok masyarakat yang enggan membayar zakat pendapatan dengan alasan:
a. BANYAK TANGGUNGAN DAN KOMITMEN
b. TIADA MASA KERANA SIBUK DENGAN KERJA DAN URUSAN KELUARGA
c. ZAKAT PENDAPATAN TIDAK PERNAH WUJUD ZAMAN RASULULLAH SAW
d. CUKAI PENDAPATAN SAMA DENGAN ZAKAT PENDAPATAN
e. MASALAH LOGISTIK SEPERTI PUSAT ZAKAT NEGERI JAUH 
f. LAMAN WEB PUSAT ZAKAT NEGERI YANG TIDAK MESRA PELANGGAN DAN KURANG INFO
g. TIDAK ADA DALIL KHUSUS DARI SUMBER UTAMA ISLAM YANG MEWAJIBKAN ZAKAT PENDAPATAN
h. TERLUPA
i. HUTANG MESTI DIDAHULUKAN BERBANDING ZAKAT PENDAPATAN
j. ZAKAT SIMPANAN DAH BAYAR, MAKA ZAKAT PENDAPATAN TIDAK PERLU

Inilah alasan-alasan yang sering dijadikan oleh sekelompok manusia yang degil membayar zakat pendapatan. Molek kiranya mereka ini melayari laman web lembaga zakat selangor ataupun pusat zakat wilayah persekutuan dan juga pusat zakat melaka bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kewajipan membayar zakat pendapatan.