'JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TIDAK MENGENALI NABI MUHAMMAD SAW' http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=yvnmDUji-vQ

Sunday, March 4, 2012

Pertanian Merupakan Perniagaan

Dewasa ini, ramai graduan melihat bahawa pertanian merupakan satu bidang yang kurang menarik. Ini berikutan mereka melihat pertanian ini amat berkait rapat dengan cuaca panas, memerlukan keringat yang kuat, tidak bergaya, pendapatan tidak lumayan, pakaian selekeh, tidak popular dan pelbagai lagi alasan yang kurang matang...
Pernahkan graduan sekarang terfikir bahawa PERTANIAN IALAH PERNIAGAAN?...satu persoalan yang graduan harus berfikir....Sejarah sekarang telah membuktikan bahawa kedapatan graduan jurusan usuluddin, graduan sains sukan, graduan pengurusan perniagaan dan graduan -graduan lain telah berjaya menongkah arus.Kini mereka s mempunyai pendapatan tahuan melebihi ratusan ribu ringgit. WOW HEBAT..
Rasulullah SAW pernah terlibat di dalam urusan pertanian. Dari kecil baginda terlibat dalam bidang pertanian. Sebagai contoh baginda SAW telah memelihara kambing. Sifat usahawan yang wujud pada baginda amat ketara sehingga beliau digelar dengan siddiq, amanah, amin, fathanah dan pelbagai lagi.
Kedapatan universiti di Malaysia juga telah mewujudkan beberapa kelab bagi memastikan para siswa memahami serta libatsama dengan aktiviti pertanian. Sebagai contoh penubuhan kelab MyAgrosis di setiap universiti. Melalui kelab ini pelajar didedahkan secara praktikal dengan suasana sebenar bidang pertanian seperti menjalankan perniagaan K-Shoppe iaitu menjual barangan runcit berasaskan pertanian, akuakultur, fertigasi, inovasi dan pelbagai lagi.
Sehubungan dengan itu, adalah wajar pelajar merebut peluang ini bagi memberi nilai tambah kepada pelajar itu sendiri sebelum bergelar graduan universiti.