'JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TIDAK MENGENALI NABI MUHAMMAD SAW' http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=yvnmDUji-vQ

Wednesday, December 21, 2011

Bersama Dua Pegawai Bank Daripada Program Kewangan Islam HE23

Alhamdulillah....Aku bersyukur akhirnya pada 20 dan 21 hb Disember aku berkesempatan bertemu dua orang bekas pelajarku yang baru berkonvo pada bulan November 2011. Kini kedua-duanya tampil dengan gaya dan lenggok sebagai pegawai bank yang diselimuti oleh ilmu kewangan Islam.
Seorang bekerja sebagai Pegawai Eksekutif Jualan di Alliance Financial Goup dan seorang lagi bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di Bank Rakyat. Ternyata ramalan ku di dalam kuliah adalah tepat. Mereka begitu ghairah untuk membawa kewangan Islam ke persada yang lebih tinggi. Dengan cabaran dan halangan yang diceritakan kepadaku mengenai onak di dalam perbankan, telah menjadikan mereka lebih matang. Syabas aku ucapkan.





Sesi halaqat antara kami bermula dengan isu pengalaman di temuduga, rakan taulan HE23, disusuli dengan gelak ketawa sambil menjamah selera (free) menjadikan suasana lebih bingit...Masing-masing dengan bangga (x sampai taraf showoff) menunjukkan business card masing-masing....Ketika kami berpancaran, tiba-tiba pekerja di situ dengan rasa baik hati menolong kami mengambil gambar-gambar ini...sampai ternampak jerawat kami semua....


Apapun yang berlaku pada hari tersebut amat bermakna dalam kehidupan aku....Jangan sangka lautan dalam tiada buaya...Jangan sangka pula orang yang kurus tidak mampu berjaya....lihat kedua-dua pegawai tersebut. Sememangnya mereka kurus (berbanding aku) tapi mampu bergerak sejauh ini walaupun baru konvekesyen pada 29 November baru-baru ni..
Alhamdulillah....
Gaji yang mereka perolehi pula sangat lumayan berbanding zamanku dahulu. Moga ketidakhadiranku semasa sesi konvokesyen HE23 baru-baru ni dapat ditebus semasa perjumpaan kami baru-baru ni. Kepada mereka yang lahir dari perut HE23, diharapkan antum akan lebih gigih berjuang di dalam membenarkan intipati kewangan Islam terus berjalan di dalam diri antum...sekian buat masa ni..Wassalam.

No comments:

Post a Comment