'JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TIDAK MENGENALI NABI MUHAMMAD SAW' http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=yvnmDUji-vQ

Saturday, November 19, 2011

Pengumuman

Assalamualaikum kepada semua. Kepada mereka yang berminat mempelajari dan mengetahui tentang pelbagai jenis zakat di Malaysia, sila lihat buku pertama tulisan saya yang bertajuk Zakat dan Pelaksanaanya di Malaysia yang boleh diperolehi melalui alamat berikut:
i.     http://trove.nla.gov.au/work/157367832

ii.    http://www.marymartin.com/web/selectedIndex?mEntry=130941

iii.  http://www.ums.edu.my/webv3/appl/index.php?mod=Publication&action=publicpubview&sek=up&id=625

Friday, November 18, 2011

Wajarkah Pendapatan Kasar Bulanan RM1000 Dikenakan Zakat Pendapatan?

Di dalam Islam, setiap pekerjaan yang diusahakan mestilah HALAL dan juga BERSIH. Ini kerana pendapatan yang diperolehi ini akan digunakan untuk membeli barang-barang yang akan digunakan dalam kehidupan seseorang. Namun di sebalik perbelanjaan terhadap barang-barang tersebut, adalah perlu bagi seseorang Islam yang mengaku bahawa dirinya Islam melunaskan tanggungjawabnya terhadap ALLAH SWT. Apakah tanggungjawab tersebut?
Tanggung jawab tersebut ialah membayar zakat pendapatan. Sesungguhnya di dalam pendapatan bulanan yang diperolehi seseorang Islam itu wujud hak orang lain sebanyak 2.5% daripada jumlah sebenar pendapatan kasar.Siapakah yang dimaksudkan orang lain itu? Sila klik disini http://www.e-zakat.com.my/info-agihan/asnaf-zakat/. Sungguhpun demikian, ramai menjadikan kos sara hidup yang pelbagai sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan zakat pendapatan. Apabila pendapatan diperolehi setiap hujung bulan, maka ada yang berbelanja membeli aksesori kereta, membeli rokok, makan di KFC dan Mcdonald, membeli perabot baru, perhiasan rumah, bayar hutang kereta, bayar bil astro, bayar hutang kad kredit, bayar hutang pembiayaan peribadi dan pelbagai lagi jenis perbelanjaan.
Ingatlah, sesungguhnya zakat ini wajib dan ia diletakkan sebagai rukun Islam yang ketiga (ada pendapat mengatakan keempat). Kewajiban ini mempunyai 1001 hikmah yang tersirat yang perlu masyarakat Islam terokai. Oleh itu bagi merasai kenikmatan 1001 hikmah yang tersirat itu, maka pertamanya perlulah menunaikan zakat pendapatan dahulu. Namun bagaimana dengan mereka yang mempunyai pendapatan kasar RM1000 sebulan?Perlukan golongan ini membayar zakat pendapatan?
Agama Islam merupakan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Agama Islam bukan agama yang zalim dan tidak mengambil kira maslahah umat Islam. Islam merupakan agama yang universal. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan kasar sebulan RM999 dan kebawah, maka mereka tidak dikenakan zakat pendapatan mengikut kaedah potongan zakat berjadual. Sila klik http://www.e-zakat.com.my/borangpdf/jadual_SPG_color2.pdf. Pengecualian ini diberikan kepada golongan lelaki dan juga perempuan yang bujang serta golongan lelaki yang berkahwin tetapi tidak mempunyai anak dan lelaki yang berkahwin serta mempunyai anak. Walaupun begitu, bagi mereka yang mempunyai pendapatan kasar minima sebulan RM1000, maka adalah perlu menunaikan zakat pendapatan khusus bagi lelaki dan perempuan yang bujang setelah mengambil kira had kifayah. Apakah itu had kifayah? Sila klik di sini http://www.e-zakat.com.my/had-kifayah/. Namun bagi lelaki yang berkahwin sama ada mempunyai anak ataupun tidak, maka golongan ini tidak dikenakan zakat pendapatan.
Sebenarnya kaedah pengiraan zakat pendapatan ini dapat dibahagikan kepada tiga. Namun di dalam penulisan ini, cukuplah sekadar penulis hanya menjurus kepada kaedah PZB iaitu potongan zakat berjadual oleh majikan terhadap kakitangan muslim. Ramai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana membayar zakat pendapatan mereka sebaliknya bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan besar?

Wednesday, November 16, 2011

Info Percuma

ASSALAMUALAIKUM....sudah lama saya tidak mengemas kini laman blog ini..kepada semua yang mengenali saya, insya Allah tahun 2012 nanti saya akan up grade laman blog ini agar ia menjadi laman yang lebih bermanafaat untuk tatapan kita semua....TUNGGU...